Thursday, October 9, 2014

5 aktiviti menarik buat anak 3 tahun

Anak 3 tahun.

Kanak-kanak yang berusia 3 tahun amat suka bermain dan berimaginasi. Pada usia 2 tahun, mereka lebih banyak meneroka dengan keupayaan fizikal (lari, lompat, berguling). Tetapi apabila masuk usia 3 tahun, mereka lebih fokus pada kemahiran motor halus.

Anda akan dapati kanak-kanak 3 tahun boleh duduk agak lama di suatu tempat, bermain dengan permainan menggunakan imaginasi. Mereka mungkin berlakon sedang membayar wang di kaunter atau mengambil tempahan makanan. Mereka juga mungkin sedang membayangkan situasi peperangan atau sedang memandikan bayi.

image

Kemahiran motor halus seperti pergerakkan jari-jari juga menjadi lebih cekap. Mereka boleh disuruh untuk mengemas barang, membuang sampah dan meletak cawan ke dalam sinki. Malah ramai antara mereka sudah boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti mewarna.

Pada usia begini, aktiviti kreatif seperti ‘arts and painting’ amat digemari kanak-kanak. Aktiviti mewarna tanpa berus pasti lebih menarik dengan menggunakan jari atau apa saja peralatan dalam rumah (span, kertas yang direnyuk, bawang, putik kapas).

Mereka juga sudah begitu bijak memanipulasi ibu bapa. Mereka tahu kelemahan ibu bapa. Maka kita mestilah yakin bahawa kita sebagai ibu bapalah yang mengetuai peraturan dalam rumah. Pada waktu ini, kita mesti menegaskan sempadan, apa benda yang boleh dan apa benda yang tak boleh. Jangan takut kepada anak sendiri. Anda mesti bijak menilai sama ada anda sedang memanjakannya atau anda sedang merosakkannya.

Contoh paling mudah ialah penggunaan gadget dan tv. Begitu juga tentang pemakanan yang tidak berkhasiat. Bagi kanak-kanak luar bandar, sudah ada yang pandai keluar bermain di luar rumah tanpa pengawasan ibu bapa dan tidak pula meminta izin untuk keluar (padahal umur baru 3 tahun! bayangkan anak itu pada usia 15 tahun nanti)

Secara umumnya, kanak-kanak 3 tahun boleh menggunakan 3 perkataan dalam satu ayat. Contohnya : “mama, nak keluar.” “adik nak ikan” “ni kasut ayah”. Mereka masih lagi pelat beberapa bunyi tetapi pertuturannya boleh difahami oleh ahli keluarga. Ayat yang digunakan juga masih tidak begitu teratur. Tetapi mereka tetap cuba untuk menggunakan ayat yang lebih panjang.

Antara aktiviti berkaitan pertuturan-bahasa yang boleh dibuat oleh ibu bapa bersama anak 3 tahun ialah:

1) Suruh dia lakukan sesuatu dengan arahan yang panjang. Contohnya : “letak seluar ni dalam bakul, lepas tu tolong ambilkan bedak kat atas meja.”
“buang tisu ni dalam bakul sampah, lepas tu basuh tangan.”
Pastikan anda sertai dengan pujian dan galakkan.

2) Aktiviti mengenal warna dan menamakan warna. Apabila anak memilih sendiri pakaian, suruh dia sebut warna pakaian yang dipilih. Begitu juga apabila nampak kereta lori dijalanan. Sebut warna kenderaan tersebut.

3) Banyakkan penggunaan kata sifat @ kata adjektif dalam perbualan bersama anak. Contoh kata sifat seperti : wangi, busuk, panjang, laju, lambat, banyak, sedikit, kuat, keras, lembut.

4) Aktiviti bercerita buku bergambar. Buku cerita, bukan buku ABC, 123, atau tulis ikut titik. Ingat, buku cerita yang ada watak, plot dan pengajaran. Jika anda target bab akademik, maka itu adalah bab lain. Di sini saya khusus menerangkan tentang pertuturan bahasa.

5) Pandang mukanya, dengar percakapannya dengan penuh perhatian. Berhenti sekejap dari gadget anda dan tumpu pada apa yang dia nak cakap. Jika dia tersilap cakap (pelat atau ayat terbalik), maka anda mesti ulang ayatnya itu dengan betul.

Jika anda mengesyaki anak anda lewat bercakap berbanding rakan sebaya, bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran untuk melakukan penilaian.

Sumber: Ruby Speech Therapy

http://www.efficient2me.com/hop.php?ref=Eifapisces

Thursday, October 2, 2014

Tips dan cara yang betul bagi rawatan batuk untuk kanak-kanak

Semalam kami bawa Auni ke Klinik Wangsa nak buat treatment dengan Dr Nadir.. Jadi kami nak kongsikan apa yang kami dapat di sana.



Ini ilmu baru yang semua orang boleh cuba apply untuk anak2 atau family yang asma, lelah dan batuk berkahak untuk mengelakkan pneumonia.. Dr Nadir terangkan batuk ni sebenarnya natural proses untuk keluarkan kahak dari paru2 sebab kahak ni biasanya infected by bacteria dan kuman berbahaya.. Jadi bila kita makan ubat batuk dan batuk sembuh, kahak sebenarnya terkumpul di paru2. Lama kelamaan kahak akan terkumpul dan membeku di paru-paru menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan membawa kepada penyakit seperti asma, lelah, bronchitis, pneumonia n so on. Kalau ibu mengandung dan mengusu makan ubat batuk, effect akan kena pada baby..



Rawatan pertama yang dilakukan ialah nebulizer/steam. Masa Auni dapat 1st nebulizer ni mmg dia menangis terbatuk-batuk sampai muntah dan keluar kahak berbuih-buih. Kalau di rumah boleh panaskan air dalam rice cooker dan pegang baby macam dalam pic ni bagi dia kene wap tu, pastikan tak terlalu panas (cuba dengan muka sendiri). Buat dalam 10-15 minit. 



Kedua, tepuk percussion belakang dan depan baby dengan kedupkan tangan sedikit (boleh tengok contoh di youtube). Jangan tepuk di tulang hanya kiri dan kanan paru-paru. Boleh juga buat masa tengah steam tadi. Tepuk ni penting bagi longgarkan kahak pada paru-paru dan kahak akan pergi ke tekak. Kalau dewasa boleh suruh mereka batuk supaya kahak pergi ke tekak.

Ketiga, doc akan sedut kahak guna tiub lembut.. Bukan jolok sampai dalam cuma letak kat tekak bagi baby muntahkan kahak dan sedut. Kalau kt rumah kne jolok sikit cuba bagi baby muntah, buat dengan perlahan tapi kalau tak yakin jangan buat. Bagi muntah sekali jer pon ok.. Lepas tu bagi susu supaya kahak tu akan ditelan dan keluar bersama najis.

Alhamdulillah, Auni yang dah demam 6 hari viral fever suhu badan tiap malam 38-39c malam tadi tidur lena.. Lepas ni xnak makan ubat batuk dah. Doctor pun pesan supaya jangan makan ubat batuk lagi. Siapa-siapa nak ke sana boleh refer gambar di bawah. Kalau waze Klinik Wangsa pon boleh jumpa. Moga bermanfaat untuk semua.


Anda mahu tips untuk ada lebih masa untuk didik anak-anak? Saya dah cuba.. Kini lebih teratur, anak-anak pun happy;).. Klik sahaja link ini!!

Thursday, June 26, 2014

MEGA Warehouse Sales


Sempena minggu gaji campur Raya yang dah makin dekat banyak betul syarikat yang mengadakan Jualan Gudang..

Jom kami nak kongsikan di mana lokasi Warehouse Sales kali ni..



Bermula 25-29 Jun 2014
Untuk mereka yang ada anak kecik wajib datang sini.. Memang sangat2 berbaloi!!.. 
Banyak sangat baju murah2, pampers, barang mandi, botol dan macam2 lagi...

Ni alamatnya:
OKBB SDN. BHD.
No 7, Jalan BP7/16,
Bandar Bukit Puchong,



Anda boleh refer gambar ni untuk ke sana yer.. Cumanya sales kali ni fokus untuk anak2 2-7 tahun.. Tapi biasanya mmg berbaloi sebab biasa seluar jeans anak2 mencecah Rm50 kan? Time ni lah nk dpt beli baju KIKO dgn harga murah!!


Untuk mereka yang baru dpt baby tengah cari katil, stroller, playgym, basikal, carseat dan macam2 lagi ada kt Sales ni.. Biasa kt luar tu siap ada khemah jual mainan murah2.. Baju2 baby pn ada..

Location :
Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd, 34, Jalan Meranti Jaya
Meranti Jaya Industrial Park, Puchong, Selangor

Check out the My Dear Warehouse Sale for savings on baby and children products from 9am till 7pm. 

Ok.. Jangan lupa kalau nak cari educational toys, Lego, barang baby, tupper cabinet, wooden toys yang berkualiti dan Jimat Poket boleh like page ni 












Monday, April 21, 2014

KEBAIKAN BERENANG UNTUK KANAK-KANAK | KEBAIKAN BERENANG | UMUR SESUAI KANAK-KANAK BELAJAR BERENANG | BERENANG


KEBAIKAN BERENANG UNTUK KANAK-KANAK | Banyak manfaat boleh dierolehi keatas kanak-kanak yang diajar berenang dengan cara yang lembut, beransur-ansur dan kanak-kanak bebas bergerak ulang alik.

Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia. Antara kebaikan berenang ialah banyak peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional,
dan sosial.

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
- (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:

  • kemahiran motor kasar dan halus
  • refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situsi yang diluar jangka.

Kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self-esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.

Bagaimana jika kolam renang yang jauh dari rumah anda? Penat menunggu mereka? Anda risau kebersihan air di kolam renang? 


Sekarang anda boleh bersantai di rumah sambil anak anda seronok bermain...




Splash pool ready stock 

Retail price Rm250


OFFER lebih murah!! Now only Rm195 


★ Free postage

★ Free electric pump


POOL SIZE: 188CMX137CMX34CM

SLIDE: 122CMX53CMX53CM


Accessories: Inflatable basketball +4 inflatable rings + repair kit + inflatable slide 

Multi-functional pool, a pool and not only is a children's playground. With water features, slides, rings, vote blue. 

Can also be used as a ball pool, it' a baby's favorite


Wednesday, April 2, 2014

Comelnyer Apple Quranic Learning.. Bacaan pun sedap



GADGET berbentuk apple istimewa untuk anak-anak anda. Sangat sesuai untuk anak-anak anda bagi membiasakan dengan ayat al-Quran, doa harian, doa solat dan juga nasyid. Insyaallah turut membantu untuk menidurkan bayi/anak anda dalam suasana syariat. Jom didik anak guna alat bantuan islamik Apple Quranic Learning. 


Apple Quranic Learning Terdiri drpd:


DOA-DOA HARIAN : 


DOA SEBELUM TIDUR 

DOA MASUK TANDAS

DOA KELUAR TANDAS 

DOA SEBELUM WUDHU 

DOA PAGI HARI 

DOA SEBELUM MAKAN 

DOA SOLAT JENAZAH 

DOA MEMAKAI BAJU 

DOA KELUAR RUMAH 

DOA MASUK MASJID

DOA KELUAR MASJID 

DOA NAIK KENDERAAN 

DOA BERJUMPA SESAMA MUSLIM 

DOA MENZIARAH ORG SAKIT

DOA KETIKA BERSIN 

DOA KETIKA HUJAN 

DOA MELIHAT CERMIN 

DOA ZIARAH KUBUR

DOA BERBUKA PUASA 

DOA SEBELUM TIDUR 

DOA PETANG HARI 

DOA MASUK RUMAH 

DOA KETIKA MENDAPAT MUSIBAH DLL


SURAH-SURAH PENDEK :


Al- Fatihah 

Al-'Adiyat 

Al -Qori'ah

Al -Takathur 

Al-'asr 

Al - Humazah 

Al - Fill Quraish 

Al- Maun 

Al - Kauthar 

Al -Kafirun An -Nasr 

Al - Massad Al- Ikhlas 

Al- Falaq An-Nas 


DOA SOLAT:

Kalimat Tauhid

Syahadat Azan Doa Solat Takbir awal sampai salam .


NASYID ANAK2

Thanks The parents Love Allah and Love messanger Ramadhan Is Cominng

The Full Moon Rose The Ceed of the oneness Allah Alphabet A-Z.


Ramai pembeli kami berpuas hati dengan Gadget Apple Quranic Learning ni.. Kecil tp sgt bermanfaat dan banyak kebaikan.. Anak2 pon suka










Tq for all our lovely customer.. Untuk mereka yang belum mendapatkan Apple Quranic Learning boleh dapatkan dari kami hanya Rm27 sahaja!!.. Memang sangat murah kerana kami ingin berkongsi kebaikan gadget ini dengan anda!!



Tuesday, April 1, 2014

TIPS MENJADI IBU BAPA GENIUS

1. Pukul anak dibahagian lutut dan ke bawah.
    Jangan menampar anak/mengetuk kepala anak dsb - anak-anak akan bertambah degil dan tidak               terkawal (ibu bapa juga perlu ada rasa hormat terhadap anak) . Samada secara sengaja atau tidak, ibu bapa mesti pastikan perkara ini tidak berlaku.

2. Pukul lah anak dengan rotan, bukan dengan tangan anda. Pukullah di bahagian tapak tangan
    kerana secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi yang merangsang ke bahagain otak.

3. Berikan Nama yang baik-baik untuk anak.
    Pastikan nama anak-anak syurga kita mempunyai maksud yang baik. Kerana panggilan/ucapan nama yang keluar dari mulut adalah doa.

4. Peluk anak setiap hari
    Ada kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kerap dipeluk oleh ibu bapa mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang kurang mendapat pelukan ibu bapa. Lagipun pelukan ni boleh kurang kan stress tau. Tak percaya? boleh amalkan memeluk anak atau suami/isteri anda untuk merasai nya.


Ciuman salah satu cara tunjuk kasih sayang.

5. Pandang anak-anak dengan kasih sayang
    Beri pandangan kasih sayang kepada anak-anak, ini dapat meningkatkan keyakinan kepada             mereka terhadap persekitaran.

6. Berikan anak-anak pujian di atas kebaikan mereka
    Puji anak-anak sekiranya meraka melakukan sesuatu kebaikan. Pujian sudah memadai buat
    anak-anak sebagai ganjaran kepada mereka.



Hargai anak, reward mereka di hari jadi.


7. Sabar dengan karenah anak-anak.
    Sebagai ibu bapa kita jangan lah mengharapkan kebaikan yang berterusan sahaja dari anak-anak.                 Mereka hanya anak-anak semakin membesar dan perkembangan buatkan mereka sentiasa                           melakukan banyak perkara termasuk kesilapan.

8. Jangan mengeluh.
Di dalam mendidik anak, ibu bapa janganlah mengeluh, kerana anak-anak akan merasakan mereka adalah beban kepada kita.

9. Dengar cerita mereka
    Luangkan masa untuk mendengar cerita si kecil. Seeloknya semasa kita menjemput mereka pulang dari sekolah tanyalah "how was your day"..dengar segala cerita meraka dan berikan respon sekiranya mereka menghadapi masalah di sekolah.


Luangkan masa melakukan aktiviti bersama


10. Terimalah kenyataan yang kita bukanlah ibu bapa yang sempurna.
 Jangan sesekali membawa kekusutan di pejabat pulang ke rumah kerana ini akan meruntuhkan institusi kekeluargaan kelak.

Saat menerima cahayamata adalah saat yang paling manis buat semua ibu bapa. Si saat anak membesar jangan lah pula kemanisan itu menjadi semakin tawar dek kerana kerenah dan segala macam masalah yang anak-anak lakukan. Percayalah, kongsikan kemanisan itu bersama anak-anak, nescaya anak-anak akan memberi kemanisan yang berpanjangan untuk kita dunia dan akhirat. Jangan pula kita lupa memohon pada Allah agar diberikan panduan dan kesabaran di dalam memdidik anugerah berharga Allah. Mustahil Allah tidak akan membantu kita untuk mendidik anugerah yang dikurniakan itu. Kurniaan Allah bukan untuk disia-siakan.. betul tak? So berdoa mohon agar kita bersama menjadi ibu bapa yang genius.

TIPS MENDIDIK ANAK MENJADI GEMBIRA

happy baby

Anda telah memastikan bahawa anak anda sihat, disayangi dan mempunyai banyak aktiviti-aktiviti untuk mengisi masanya setiap hari. Tetapi adakah masa-masanya anda bertanya diri anda sama ada anak anda itu gembira? Jom kita berkongsi tips mendidik anak menjadi gembira

Tips mengetahui sama ada anak saya gembira

Dalam tempoh enam bulan pertama kehidupannya, bayi anda akan menjadi sangat mahir tentang memberitahu anda jika ada sesuatu yang membuatnya gembira atau mengganggunya. Mukanya akan bersinar dengan senyuman ketika anda masuk ke dalam bilik dan dia akan meraung jika seseorang mengambil mainan kegemarannya. Dia akan beralih daripada bersenyum kepada menangis, dan kembali semula dengan cepat secara tidak dapat dijangkakan.

Cuba jangan bimbang sangat jika bayi anda kelihatan seperti dia menghabiskan lebih banyak masa meraung daripada ketawa ceria. Ini disebabkan bayi pada peringkat awal lebih cenderung mengalami kesusahan daripada kebahagiaan. Tangisan dan ekspresi muka sedih adalah satu sahaja cara bayi dapat berkomunikasi dengan anda. Ini memberitahu anda yang lampin bayi anda itu sudah kotor, dia lapar atau dalam kesakitan.

Apabila anak anda membesar, dia akan dapat menyampaikan perasaannya dengan lebih mudah dengan kata-kata dan bahasa gerak-geri badan.

Tips untuk pastikan anak berasa seronok

Walaupun mainan gantungan yang berwarna-warni untuk katil bayi dan gimnasium bayi boleh mendatangkan senyuman baginya, apa yang membuat bayi anda gembira adalah lebih mudah: anda sendiri. Jalinkan hubungan dengan bayi anda dengan permainan dan bermain-main, sebab jika anda seronok, dia juga seronok!

Bermain juga satu cara yang baik untuk anak anda membangunkan kemahiran yang akan menjadi penting untuk kebahagiaannya pada masa depan. Apabila dia membesar, permainan yang tidak berstruktur akan membantunya menentukan apakah kehidupan yang dia mahukan di zaman dewasa. Mainan membina rumah dengan blok, bereksperimen di dapur mainan dia dan menghantuk-hantuk kuali dengan sudu semuanya akan dapat menunjukkannya ke arah kerjayanya di masa depan (atau sebaliknya!).

Tips membantu anak mengekspresikan perasaan?

Untuk bayi muda, satu-satunya cara yang mereka tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan ialah melalui tangisan. Tetapi apabila anak anda menjadi lebih besar, anda boleh menggalakkan dia untuk mengenalpasti perasaan dan menyatakannya kepada anda dengan kata-kata. Anak-anak kecil dapat menangkap perkataan-perkataan berhubung emosi-emosi seperti “bahagia” atau “marah” dengan cepat.

Pada masa dia masih belum boleh bercakap, anda sudah boleh menunjukkan gambar-gambar ekspresi muka dan bertanya dia yang mana satu menunjukkan apa yang dirasainya.

Ingatlah bahawa adalah perkara biasa untuk anak anda untuk menjadi terlalu sensitif, tak mahu berenggang atau kadangkala gementar. Ini mungkin disebabkan rutinnya telah bertukar atau dia kecewa dengan sesuatu. Ini akan lebih kerap berlaku apabila dia lebih tua. Apabila anak anda merajuk di sudut bilik semasa majlis hari jadi seseorang atau menangis sebab dia tidak dijemput ke sesuatu majlis, jangan menafikan perasaannya itu. Dia perlu tahu bahawa adalah OKEY jika berasa kurang gembira di satu-satu masa, itu adalah sebahagian daripada kehidupan.

Tips melindungi anak semasa dia kurang gembira

Sepanjang tahun pertama bayi, dia sedang belajar banyak perkara: bagaimana nak duduk, merangkak, genggam objek, berjalan dan bercakap. Kemahiran-kemahiran ini mengambil masa untuk dibina.

Adalah penting bagi anda membiarkannya melakukan kesilapan dalam tempoh itu, sementara menggalakkannya untuk terus mencuba. Dia akan berasa bermacam-macam perasaan, daripada kekecewaan dan juga pada mulanya, kemarahan, terus kepada perasaan kejayaan dan keyakinan apabila dia telah pandai melakukan semua ini dengan baik.

Membenarkan anak anda berasa semua emosi ini akan membantu dia membina daya ketahanan dalam dirinya yang akan membawa kepada kebahagiaan apabila dia meningkat usia lebih tua.

Tips membantu anak membesar dan berkembang

Orang-orang yang paling gembira selalunya adalah orang-orang yang telah menguasai sesuatu kemahiran. Adalah mengambil masa dan memerlukan usaha untuk menjadi benar-benar mahir dalam sesuatu. Oleh itu, apabila anak anda berjaya menulis namanya buat kali pertama, berilah dia banyak pujian. Dia boleh menikmati kejayaannya sebab dia telah bekerja keras untuk mencapaikannya. Beliau juga akan berasa bangga apabila ada orang lain yang mengheboh-hebohkan pencapaiannya.

Apa yang lebih penting, dia akan memahami bahawa dia mempunyai sedikit kawalan atas hidupnya. Jika dia memberikan fokus kepada sesuatu, sudah tentu dia akan berjaya. Ini akan terus menjadi faktor penting dalam mencapai kebahagiaan apabila dia dewasa kelak.

TIPS MEMILIH MAINAN BAYI ANDA

Mainan bayi

Pelbagai pilihan mainan bayi dipasaran. Sememangnya rambang mata untuk memilih mana satu yang terbaik untuk bayi anda.Jom kita berkongsi tips memilih mainan bayi anda, agar anda sebagai ibu bapa dapat memberi yang terbaik untuk bayi anda!

1. Keselamatan adalah kunci untuk mainan bayi

Faktor utama untuk memilih Mainan Bayi adalah aspek keselamatan. Antara ciri-ciri keselamatan yang harus di beri perhatian adalah :

Adakah mainan dibuat dengan plastik/kain yang beracun?

♦ Adakah ada jaminan kualiti produk?
♦ Adakah ada bahagian yang longgar dari mainan yang membahayakan bayi dari risiko termakan/tercekik?
♦Jika mainan boleh muat di dalam gulungan kertas toilet, maka ia mungkin berisiko untuk meyebabkan bayi tercekik.
♦ Adakah mainan berisiko untuk jari bayi anda tersepit?

2. Pilih Mainan Bayi sesuai dengan minat Bayi

Pemilihan mainan harus sesuai dengan minat bayi.
Untuk bayi usia bawah 18 bulan, terdapat pelbagai pilihan mainan di pasaran yang bersesuaian dengan umur bayi. Namun, sebagai ibu bapa, anda harus peka dengan minat anak anda. Luangkan masa melihat bayi bermain dan lihat kecenderungan bayi anda dalam bermain alat mainan yang mana. Hargai minat dan idea anak anda dengan mainan kesukaan mereka dan membeli mainan yang baru dengan konsep yang sama seperti mainan kegemaran bayi anda. Pasti bayi anda akan lebih gembira dan bahagia.

3. Pilih Mainan Bayi mengikut Perkembangan Usia bayi

Perkembangan fizikal dan mental bayi anda dapat dirangsang dengan permainan yang sesuai mengikut umur mereka:-

USIA 0-3 Bulan : Ibu bapa disarankan memilih permainan yang berwarna, cerah, rata dan bermotor untuk anak mereka yang berusia 0~3 bulan, kerana seawal usia ini penglihatan masih belum jelas.
Dengan pemilihan yang tepat seperti warna yang cerah akan meransangkan penglihatan serta mampu membantu melihat permainan tersebut dengan jelas.

USIA 3- 6 Bulan : Pilih permaian untuk merangsang pertumbuhan giginya. Ibu bapa juga boleh memilih mainan dengan butang yang boleh ditekan atau bertekstur untuk merangsang kemampuan motor bayi. Pada usia ini, anak-anak mulai suka mandi, ibu bapa boleh memberikannya permainan yang mudah terapung ketika bayi mandi.

USIA 7~9 Bulan : Pilih permainan jenis bergolek supaya anak-anak dapat mempercepatkan lagi rangsangan otak serta pergerakan mereka. Pada usia ini permainan jenis bergolek ini mampu juga merangsang interaksi serta komunikasi.

USIA 1 Tahun : Pada usia ini Ibu bapa boleh memilihkan permainan outdoor, seperti kuda tunggang atau kolam renang mini. Permainan yang merangsang koordinasi mata tangan seperti lego amat di galakkan.

USIA 2 Tahun : Pada usia ini buku dan juga permainan puzzle adalah permainan yang paling tepat untuk dipilih. Pastikan permainan puzzle yang dipilih berunsurkan pelajaran dan setiap puzzle semestinya melebihi 10-20 keping. Puzzle adalah satu permainan yang memberikan rangsangan kepada mata, tangan dan imaginasi. Selain puzzle, permainan seperti bowling, traktor mini, mampu juga meransang otak supaya berimaginasi.

USIA 3 Tahun : Bagi kanak-kanak yang telahpun memasuki usia ini, permainan yang berbentuk conteng-conteng menggunakan pensil warna adalah pilihan yang terbaik kerana kanak-kanak dalam lingkungan usia ini amat kreatif. Ibu bapa disarankan memantau anak-anak yang sedang melakukan aktiviti ini supaya kecerderaan akibat tercucuk pensil tidak berlaku.

Pemilihan mainan untuk anak anda secara bijak dapat membantu mereka untuk memiliki hidup yang lebih baik di masa hadapan. Sebagai ibu bapa kita mempunyai peranan yang sangat penting dalam meransang perkembangan fizikal dan mental dengan pemilihan mainan yang terbaik untuk mereka. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

10 AKTIVITI MENJANA OTAK ANAK ANDA PADA TIGA TAHUN PERTAMA

10 aktiviti menjana otak anak

Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Bagi yang menyedari hakikat ini, pasti ramai yang tercari cari apakah aktiviti aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengembangkan lagi otak dan pemikiran anak anak ini. JOM  sama sama kita berkongsi 10 aktiviti menjana otak anak pada 3 tahun yang pertma. 

Jom kita berkongsi 10 aktiviti yang menjana otak anak anda pada tahun pertama kehidupan mereka menurut Pakar Kanak-Kanak, Child Psychiatrist. Dr. Sherine, Hospital Gleneagles, Penang.

10 AKTIVITI MENJANA OTAK ANAK PADA 3 TAHUN PERTAMA KEHIDUPAN.

Aktiviti Di luar rumah 

Galakkan anak anda bermain di luar rumah. Biarkan anak bermain di atas rumput, di tepi pantai, bermain dengan pasir dan buih ombak.  Aktiviti ini dapat merangsang kemahiran motor dan menajamkan deria rasa anak.

 Kurangkan Aktiviti dengan Gadget

Kotak seperti  menonton tv, IPAD, computer dan seangkatan dengannya. Menurut Dr Sherine, apabila anak bermain ipad, mata hanya tertumpu pada satu paras sahaja. Tiada pergerakan otot-otot mata yang boleh merangsang saraf dan merangsang  perkembangan otak. Akibatnya, saraf akan menjadi lemah kerana tiada rangsangan dan mungkin akan rosak! Di sarankan anak menggunakan ipad tidak lebih dari 10 minit dan pastikan di bawah pengawasan orang dewasa. Jangan biarkan anak bermain ipad sendirian.

Rangsang Imitation Skill –  Kemahiran Meniru

Luangkan masa untuk merangsang anak anda untuk meniru percakapan, perbuatan dan tingkah laku anda. Sebagai ibu bapa anda adalah role model. Ulang banyak kali untuk merangsang otak anda supaya lebih cekap. Seperti menepuk tangan, bercakap dengan bahasa yang mudah berulang kali, serta aktiviti yang menyeronokkan bersama dan anak akan tiru apa yang anda lakukan.

Rangsang otak anak anda dengan permainan yang realistic

Permainan jenis “concept toys” adalah pilihan utama anda seperti blok ABC, 123 , objek pelbagai bentuk dan warna. Permainan yang realistic ini menjana otak anak agar lebih cekap dan dapat di aplikasi dengan kehidupan harian, berbanding permainan superhero yang fantasi.

 Rangsang otak anak anda dengan percakapan bahasa yang mudah.

Bertutur dengan anak anda dengan perkataan tunggal dan bukannya dalam bentuk ayat. Seperti mengajak anak makan. “ Makan” “Nasi” . Dengan pertuturan yang mudah, anak lebih cekap untuk memahami dan mengingati serta menyebut semula perkataan tersebut.

Rangsang otak anak melalui sentuhan tangan.

Teknik rangsangan menggunakan tangan ini sangat berguna jika anak anda sering takut pada orang dia tidak kenal. Jangan biarkan orang yang dia tidak kenali, memeluk anak anda, tapi minta anak anda buat “high –five” untuk merangsang otak anak anda bahawa orang ini tidak berbahaya, malah merubah persepsi anak yang orang ini mahu bermain dengannya.

 Rangsang otak anak melalui perbualan dengan nada yang perlahan.

Elakkan menggunakan nada yang tinggi walaupun ketika anak melakukan kesalahan. Sifat ingin tahu anak mungkin mendatangkan kemarahan anda apabila dinding rumah di conteng. Gunakan teknik perbualan dengan suara yang perlahan dan sentuhan. Duduk dekat dan sama paras dengan anak, terangkan apa kesalahan dia lakukan,lambat laun anak anda pasti memahami.

 Rangsang otak anda melalui hubungan kekeluargaan yang erat.

Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting untuk mewujudkan hubungan yang erat dengan anak anda. Jangan biarkan dia terlalu bergantung hanya pada ibu sahaja.

 Lakukan aktiviti mengikut minat anak anda.

Luangkan masa meneliti minat anak anda dengan mainan kegemaran atau aktiviti yang menarik minat anak anda. Berikan anak anda ruang dan peluang yang cukup untuk dia focus pada apa yang dia minat, kita tidak perlu memaksa bermain permainan yang bukan minatnya.

 Berikan anak pilihan

Jika anak menangis, Tanya anak dengan memberi pelbagai pilihan jawapan. Walau pun dia hanya mengangguk, sekurang-kurangnya dia akan bertindak balas dengan pilihan yang diberi. Ia akan member gambaran kepada anak anda bahawa hidup ini ada pelbagai pilihan, lama-kelamaan anak anda pasti memahaminya.

Teramat penting untuk kita terus menerus merangsang otak bayi. Istiqamah dalam melakukan aktviti yang menjana otak anak anda pada 3 tahun pertama kehidupan mereka. Sesungguhnya anak itu ibarat kain putih,ibu bapa lah yang mencorakkannya!

Kredit to :  saatakukaupilih.blogspot.com