Tuesday, April 1, 2014

TIPS MEMILIH MAINAN BAYI ANDA

Mainan bayi

Pelbagai pilihan mainan bayi dipasaran. Sememangnya rambang mata untuk memilih mana satu yang terbaik untuk bayi anda.Jom kita berkongsi tips memilih mainan bayi anda, agar anda sebagai ibu bapa dapat memberi yang terbaik untuk bayi anda!

1. Keselamatan adalah kunci untuk mainan bayi

Faktor utama untuk memilih Mainan Bayi adalah aspek keselamatan. Antara ciri-ciri keselamatan yang harus di beri perhatian adalah :

Adakah mainan dibuat dengan plastik/kain yang beracun?

♦ Adakah ada jaminan kualiti produk?
♦ Adakah ada bahagian yang longgar dari mainan yang membahayakan bayi dari risiko termakan/tercekik?
♦Jika mainan boleh muat di dalam gulungan kertas toilet, maka ia mungkin berisiko untuk meyebabkan bayi tercekik.
♦ Adakah mainan berisiko untuk jari bayi anda tersepit?

2. Pilih Mainan Bayi sesuai dengan minat Bayi

Pemilihan mainan harus sesuai dengan minat bayi.
Untuk bayi usia bawah 18 bulan, terdapat pelbagai pilihan mainan di pasaran yang bersesuaian dengan umur bayi. Namun, sebagai ibu bapa, anda harus peka dengan minat anak anda. Luangkan masa melihat bayi bermain dan lihat kecenderungan bayi anda dalam bermain alat mainan yang mana. Hargai minat dan idea anak anda dengan mainan kesukaan mereka dan membeli mainan yang baru dengan konsep yang sama seperti mainan kegemaran bayi anda. Pasti bayi anda akan lebih gembira dan bahagia.

3. Pilih Mainan Bayi mengikut Perkembangan Usia bayi

Perkembangan fizikal dan mental bayi anda dapat dirangsang dengan permainan yang sesuai mengikut umur mereka:-

USIA 0-3 Bulan : Ibu bapa disarankan memilih permainan yang berwarna, cerah, rata dan bermotor untuk anak mereka yang berusia 0~3 bulan, kerana seawal usia ini penglihatan masih belum jelas.
Dengan pemilihan yang tepat seperti warna yang cerah akan meransangkan penglihatan serta mampu membantu melihat permainan tersebut dengan jelas.

USIA 3- 6 Bulan : Pilih permaian untuk merangsang pertumbuhan giginya. Ibu bapa juga boleh memilih mainan dengan butang yang boleh ditekan atau bertekstur untuk merangsang kemampuan motor bayi. Pada usia ini, anak-anak mulai suka mandi, ibu bapa boleh memberikannya permainan yang mudah terapung ketika bayi mandi.

USIA 7~9 Bulan : Pilih permainan jenis bergolek supaya anak-anak dapat mempercepatkan lagi rangsangan otak serta pergerakan mereka. Pada usia ini permainan jenis bergolek ini mampu juga merangsang interaksi serta komunikasi.

USIA 1 Tahun : Pada usia ini Ibu bapa boleh memilihkan permainan outdoor, seperti kuda tunggang atau kolam renang mini. Permainan yang merangsang koordinasi mata tangan seperti lego amat di galakkan.

USIA 2 Tahun : Pada usia ini buku dan juga permainan puzzle adalah permainan yang paling tepat untuk dipilih. Pastikan permainan puzzle yang dipilih berunsurkan pelajaran dan setiap puzzle semestinya melebihi 10-20 keping. Puzzle adalah satu permainan yang memberikan rangsangan kepada mata, tangan dan imaginasi. Selain puzzle, permainan seperti bowling, traktor mini, mampu juga meransang otak supaya berimaginasi.

USIA 3 Tahun : Bagi kanak-kanak yang telahpun memasuki usia ini, permainan yang berbentuk conteng-conteng menggunakan pensil warna adalah pilihan yang terbaik kerana kanak-kanak dalam lingkungan usia ini amat kreatif. Ibu bapa disarankan memantau anak-anak yang sedang melakukan aktiviti ini supaya kecerderaan akibat tercucuk pensil tidak berlaku.

Pemilihan mainan untuk anak anda secara bijak dapat membantu mereka untuk memiliki hidup yang lebih baik di masa hadapan. Sebagai ibu bapa kita mempunyai peranan yang sangat penting dalam meransang perkembangan fizikal dan mental dengan pemilihan mainan yang terbaik untuk mereka. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment