Tuesday, April 1, 2014

10 AKTIVITI MENJANA OTAK ANAK ANDA PADA TIGA TAHUN PERTAMA

10 aktiviti menjana otak anak

Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Bagi yang menyedari hakikat ini, pasti ramai yang tercari cari apakah aktiviti aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengembangkan lagi otak dan pemikiran anak anak ini. JOM  sama sama kita berkongsi 10 aktiviti menjana otak anak pada 3 tahun yang pertma. 

Jom kita berkongsi 10 aktiviti yang menjana otak anak anda pada tahun pertama kehidupan mereka menurut Pakar Kanak-Kanak, Child Psychiatrist. Dr. Sherine, Hospital Gleneagles, Penang.

10 AKTIVITI MENJANA OTAK ANAK PADA 3 TAHUN PERTAMA KEHIDUPAN.

Aktiviti Di luar rumah 

Galakkan anak anda bermain di luar rumah. Biarkan anak bermain di atas rumput, di tepi pantai, bermain dengan pasir dan buih ombak.  Aktiviti ini dapat merangsang kemahiran motor dan menajamkan deria rasa anak.

 Kurangkan Aktiviti dengan Gadget

Kotak seperti  menonton tv, IPAD, computer dan seangkatan dengannya. Menurut Dr Sherine, apabila anak bermain ipad, mata hanya tertumpu pada satu paras sahaja. Tiada pergerakan otot-otot mata yang boleh merangsang saraf dan merangsang  perkembangan otak. Akibatnya, saraf akan menjadi lemah kerana tiada rangsangan dan mungkin akan rosak! Di sarankan anak menggunakan ipad tidak lebih dari 10 minit dan pastikan di bawah pengawasan orang dewasa. Jangan biarkan anak bermain ipad sendirian.

Rangsang Imitation Skill –  Kemahiran Meniru

Luangkan masa untuk merangsang anak anda untuk meniru percakapan, perbuatan dan tingkah laku anda. Sebagai ibu bapa anda adalah role model. Ulang banyak kali untuk merangsang otak anda supaya lebih cekap. Seperti menepuk tangan, bercakap dengan bahasa yang mudah berulang kali, serta aktiviti yang menyeronokkan bersama dan anak akan tiru apa yang anda lakukan.

Rangsang otak anak anda dengan permainan yang realistic

Permainan jenis “concept toys” adalah pilihan utama anda seperti blok ABC, 123 , objek pelbagai bentuk dan warna. Permainan yang realistic ini menjana otak anak agar lebih cekap dan dapat di aplikasi dengan kehidupan harian, berbanding permainan superhero yang fantasi.

 Rangsang otak anak anda dengan percakapan bahasa yang mudah.

Bertutur dengan anak anda dengan perkataan tunggal dan bukannya dalam bentuk ayat. Seperti mengajak anak makan. “ Makan” “Nasi” . Dengan pertuturan yang mudah, anak lebih cekap untuk memahami dan mengingati serta menyebut semula perkataan tersebut.

Rangsang otak anak melalui sentuhan tangan.

Teknik rangsangan menggunakan tangan ini sangat berguna jika anak anda sering takut pada orang dia tidak kenal. Jangan biarkan orang yang dia tidak kenali, memeluk anak anda, tapi minta anak anda buat “high –five” untuk merangsang otak anak anda bahawa orang ini tidak berbahaya, malah merubah persepsi anak yang orang ini mahu bermain dengannya.

 Rangsang otak anak melalui perbualan dengan nada yang perlahan.

Elakkan menggunakan nada yang tinggi walaupun ketika anak melakukan kesalahan. Sifat ingin tahu anak mungkin mendatangkan kemarahan anda apabila dinding rumah di conteng. Gunakan teknik perbualan dengan suara yang perlahan dan sentuhan. Duduk dekat dan sama paras dengan anak, terangkan apa kesalahan dia lakukan,lambat laun anak anda pasti memahami.

 Rangsang otak anda melalui hubungan kekeluargaan yang erat.

Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting untuk mewujudkan hubungan yang erat dengan anak anda. Jangan biarkan dia terlalu bergantung hanya pada ibu sahaja.

 Lakukan aktiviti mengikut minat anak anda.

Luangkan masa meneliti minat anak anda dengan mainan kegemaran atau aktiviti yang menarik minat anak anda. Berikan anak anda ruang dan peluang yang cukup untuk dia focus pada apa yang dia minat, kita tidak perlu memaksa bermain permainan yang bukan minatnya.

 Berikan anak pilihan

Jika anak menangis, Tanya anak dengan memberi pelbagai pilihan jawapan. Walau pun dia hanya mengangguk, sekurang-kurangnya dia akan bertindak balas dengan pilihan yang diberi. Ia akan member gambaran kepada anak anda bahawa hidup ini ada pelbagai pilihan, lama-kelamaan anak anda pasti memahaminya.

Teramat penting untuk kita terus menerus merangsang otak bayi. Istiqamah dalam melakukan aktviti yang menjana otak anak anda pada 3 tahun pertama kehidupan mereka. Sesungguhnya anak itu ibarat kain putih,ibu bapa lah yang mencorakkannya!

Kredit to :  saatakukaupilih.blogspot.com


No comments:

Post a Comment