Tuesday, April 1, 2014

TIPS MENDIDIK ANAK MENJADI GEMBIRA

happy baby

Anda telah memastikan bahawa anak anda sihat, disayangi dan mempunyai banyak aktiviti-aktiviti untuk mengisi masanya setiap hari. Tetapi adakah masa-masanya anda bertanya diri anda sama ada anak anda itu gembira? Jom kita berkongsi tips mendidik anak menjadi gembira

Tips mengetahui sama ada anak saya gembira

Dalam tempoh enam bulan pertama kehidupannya, bayi anda akan menjadi sangat mahir tentang memberitahu anda jika ada sesuatu yang membuatnya gembira atau mengganggunya. Mukanya akan bersinar dengan senyuman ketika anda masuk ke dalam bilik dan dia akan meraung jika seseorang mengambil mainan kegemarannya. Dia akan beralih daripada bersenyum kepada menangis, dan kembali semula dengan cepat secara tidak dapat dijangkakan.

Cuba jangan bimbang sangat jika bayi anda kelihatan seperti dia menghabiskan lebih banyak masa meraung daripada ketawa ceria. Ini disebabkan bayi pada peringkat awal lebih cenderung mengalami kesusahan daripada kebahagiaan. Tangisan dan ekspresi muka sedih adalah satu sahaja cara bayi dapat berkomunikasi dengan anda. Ini memberitahu anda yang lampin bayi anda itu sudah kotor, dia lapar atau dalam kesakitan.

Apabila anak anda membesar, dia akan dapat menyampaikan perasaannya dengan lebih mudah dengan kata-kata dan bahasa gerak-geri badan.

Tips untuk pastikan anak berasa seronok

Walaupun mainan gantungan yang berwarna-warni untuk katil bayi dan gimnasium bayi boleh mendatangkan senyuman baginya, apa yang membuat bayi anda gembira adalah lebih mudah: anda sendiri. Jalinkan hubungan dengan bayi anda dengan permainan dan bermain-main, sebab jika anda seronok, dia juga seronok!

Bermain juga satu cara yang baik untuk anak anda membangunkan kemahiran yang akan menjadi penting untuk kebahagiaannya pada masa depan. Apabila dia membesar, permainan yang tidak berstruktur akan membantunya menentukan apakah kehidupan yang dia mahukan di zaman dewasa. Mainan membina rumah dengan blok, bereksperimen di dapur mainan dia dan menghantuk-hantuk kuali dengan sudu semuanya akan dapat menunjukkannya ke arah kerjayanya di masa depan (atau sebaliknya!).

Tips membantu anak mengekspresikan perasaan?

Untuk bayi muda, satu-satunya cara yang mereka tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan ialah melalui tangisan. Tetapi apabila anak anda menjadi lebih besar, anda boleh menggalakkan dia untuk mengenalpasti perasaan dan menyatakannya kepada anda dengan kata-kata. Anak-anak kecil dapat menangkap perkataan-perkataan berhubung emosi-emosi seperti “bahagia” atau “marah” dengan cepat.

Pada masa dia masih belum boleh bercakap, anda sudah boleh menunjukkan gambar-gambar ekspresi muka dan bertanya dia yang mana satu menunjukkan apa yang dirasainya.

Ingatlah bahawa adalah perkara biasa untuk anak anda untuk menjadi terlalu sensitif, tak mahu berenggang atau kadangkala gementar. Ini mungkin disebabkan rutinnya telah bertukar atau dia kecewa dengan sesuatu. Ini akan lebih kerap berlaku apabila dia lebih tua. Apabila anak anda merajuk di sudut bilik semasa majlis hari jadi seseorang atau menangis sebab dia tidak dijemput ke sesuatu majlis, jangan menafikan perasaannya itu. Dia perlu tahu bahawa adalah OKEY jika berasa kurang gembira di satu-satu masa, itu adalah sebahagian daripada kehidupan.

Tips melindungi anak semasa dia kurang gembira

Sepanjang tahun pertama bayi, dia sedang belajar banyak perkara: bagaimana nak duduk, merangkak, genggam objek, berjalan dan bercakap. Kemahiran-kemahiran ini mengambil masa untuk dibina.

Adalah penting bagi anda membiarkannya melakukan kesilapan dalam tempoh itu, sementara menggalakkannya untuk terus mencuba. Dia akan berasa bermacam-macam perasaan, daripada kekecewaan dan juga pada mulanya, kemarahan, terus kepada perasaan kejayaan dan keyakinan apabila dia telah pandai melakukan semua ini dengan baik.

Membenarkan anak anda berasa semua emosi ini akan membantu dia membina daya ketahanan dalam dirinya yang akan membawa kepada kebahagiaan apabila dia meningkat usia lebih tua.

Tips membantu anak membesar dan berkembang

Orang-orang yang paling gembira selalunya adalah orang-orang yang telah menguasai sesuatu kemahiran. Adalah mengambil masa dan memerlukan usaha untuk menjadi benar-benar mahir dalam sesuatu. Oleh itu, apabila anak anda berjaya menulis namanya buat kali pertama, berilah dia banyak pujian. Dia boleh menikmati kejayaannya sebab dia telah bekerja keras untuk mencapaikannya. Beliau juga akan berasa bangga apabila ada orang lain yang mengheboh-hebohkan pencapaiannya.

Apa yang lebih penting, dia akan memahami bahawa dia mempunyai sedikit kawalan atas hidupnya. Jika dia memberikan fokus kepada sesuatu, sudah tentu dia akan berjaya. Ini akan terus menjadi faktor penting dalam mencapai kebahagiaan apabila dia dewasa kelak.

No comments:

Post a Comment