Monday, March 31, 2014

PENDEKATAN PSIKOLOGI DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK



Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.

1. “Buatlah Pilihan Sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.

“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama Sayang Kakak, Tapi Cara Kakak Tu Tak Betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.

3. “Boleh Kakak Tolong Mama?”
Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas. Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.

4. “Apa Sebenarnya Yang Kakak Nak Cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.

Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.

5. “Kakak Kena Faham. Tidak Semua Orang Sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.

Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.

Credit to PA&MA

Sunday, March 30, 2014

Educational Islamic Toys and games - Apple Quranic Learning, Ipad Solat, Wooden Jigsaw Puzzle Jawi

Salam semua.. Harini, kami nak kenalkan permainan untuk anak-anak sebagai pengenalan awal kepada asas Al-quran dan Solat..

Permainan pertama adalah Apple Quranic Learning..



Memang best Apple Quranic Learning, sedap jer bacaan dia, nasyid dia pon kanak-kanak suka.. 

Perkongsian buat ibubapa yg inginkn anaknya cepat menghafal surah-surah lazim.. Permainan ini sangat sesuai untuk anak-anak sejak bayi lagi.. Dodoikan anak-anak dengan alunan ayat-ayat asas Al-Quran..
Moga anak-anak akan terdidik jiwanya untuk mencintai Al-quran.. 

Tidak ada istilah terlambat untuk mempelajari Al-quran.. Anda juga boleh menggunakannya sebagai panduan asas bacaan surah lazim untuk digunakan dalam solat.. Sesuai untuk mualaf yang sedang mula menghafal ayat2 Al-quran dan diperdengarkan bagi mereka yang sedang sakit.. Kami berharap lebih ramai dpt memiliki Apple Quranic Learning dan mendapat faedah darinya kerana  terdapat:

26 DOA HARIAN 
16 SURAH PENDEK 
DOA SOLAT
NASYID ANAK2
Ada button projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang
**Menggunakan Bateri AAA X 3 (PERCUMA)
** Ada button On-Off

Harga pasaran RM45, harga promosi kami tawarkan hanya RM27 
Postage Rm6 sm/ Rm9 ss

Permainan kedua pula ialah IPAD SOLAT 



Bagaimana Ipad Solat Dapat Membantu Anak Kecil Anda?( 1 hingga 3 thn)

1. Tingkatkan kekerapan memdengar bacaan surah, hanya perlu sentuh pada pada mana mana gambar di skrin utk memperdengarkan bacaan.

e.g sentuh pada gambar rukuk, diperdengarkan audio bacaan ketika rukuk.

e.g sentuh pada ayat Tahiyat, diperdengarkan audio bacaan ketika tahiyat.

2. Tukar dari mendengar Radio atau menonton kartun kepada mendengar surah-surah lazim, al fatihah, 3 qul, al-kautsar

3. Membantu anak anda menghafal surah lazim, doa-doa serta bacaan solat dengan pantas.

4. Lagi Awal Umur Anak Terdedah dengan Permainan Berunsurkan bacaan surah, doa dan solat, Lagi mudah
Anak Anda Dekatkan dengan Al-quran bila dia membesar kelak.

5. INGAT!!! anak Kecil lebih tertarik dengan Audio dan Gambar berbanding Tulisan.

Oleh Itu Ipad Solat Memang Perlu Dihadiahkan Buat Anak Anda.

Harga pasaran Rm50, harga promosi kami tawarkan hanya RM29
Postage Rm6 sm/ Rm9 ss


Dan permainan ketiga ialah EDUCATIONAL WOODEN JIGSAW PUZZLE BOARD JAWI ( Alif Ba Ta) with knob



Didatangkan dengan warna-warna yang sangat menarik serta knob yang mudah untuk kanak2 memegangnya.. 

Kanak-kanak boleh belajar mengenal jawi dan bentuk setiap abjad..

Harga pasaran Rm15, harga promosi kami tawarkan hanya RM12
Postage Rm6 sm/ Rm9 ss

TUNGGU!!! 

Kami berikan lagi harga promosi dengan pembelian:

Apple quran+ Puzzle Jawi @
 Ipad Solat+Puzzle Jawi

dengan hanya Rm50 termasuk penghantaran

Educational Wooden Toys and games - Wooden Jigsaw Puzzle board ABC, 123, Jawi (Alif Ba Ta), Turtle puzzle with knob

Wooden Jigsaw Puzzle Board ABC, 123, Jawi (Alif Ba Ta), Turtle puzzle, Numberic Train dengan pemegang merupakan Permainan pendidikan untuk kanak-kanak yang sangat menarik dan murah..

Kami bawakan pelbagai design dan bentuk yang menarik untuk anak-anak...Memang rambang mata sebab seronok bila tengok anak-anak main.. Kami di Anakku Genius Kids sentiasa memberikan permainan yang berkualiti dengan harga yang murah..

Permainan ini memberikan aktiviti dan pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana Kanak-kanak boleh membuka dan memasang semula puzzle mengikut bentuk yang sesuai.. Ini boleh mengasah pemikiran logik bagi anak-anak.


Antara kebaikan permainan pendidikan seperti ini ialah ianya 

• Dapat membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata kanak-kanak 

• Membantu perkembangan motor halus kanak-kanak.. 


~Anda akan dapat lihat kemahiran kanak-kanak yang bermain permainan berunsur pendidikan adalah lebih cekap dan aktif berbanding mereka yang kurang bermain.. 


P001- Wooden Jigsaw Puzzle Board

ABC



P002- Wooden Jigsaw Puzzle Board
123


P003- Wooden Jigsaw Puzzle Board
ABC



P004- Wooden Jigsaw Puzzle Board
123



P005- Wooden Jigsaw Puzzle Board
123



P006- Wooden Jigsaw Puzzle Board
123 Numberic Train



Harga pasaran RM15 AGK price RM12 sahaja.. Dapatkan harga yang lebih murah bg setiap 3pcs keatas

Postage RM6 sm/ RM9 ss


Q001- Wooden Jigsaw Puzzle Board ABC

Q002- Wooden Jigsaw Puzzle Board
123 


Q003- Wooden Jigsaw Puzzle Board
ABC Turtle



Harga pasaran RM20 AGK price RM16 sahaja.. Dapatkan harga yang lebih murah bg setiap 3pcs keatas

Postage RM6 sm/ RM9 ss

Jangan segan2 Pm jer kami di facebook page Anakku Genius Kids atau whatsapp 0133482959.. Nak tanya size atau nak diskaun pon boleh... Dropship dialu2kan...

Pm kami di Anakku Genius Kids
https://m.facebook.com/messages/thread/171845436341550/?__user=758559684


Saturday, March 29, 2014

Telatah Bayi Bagi Enam Bulan Kedua

Si manja anda yang sudah berusia tujuh bulan mungkin takut dengan orang yang tidak dikenali, ini adalah cara terbaik untuk dia menunjukkan rasa selesa dan sayang pada orang yang benar-benar mengambil berat padanya.



Lihat reaksinya bila anda meminta dia mencium anda, dia akan menggerakkan badannya ke arah  anda dan membuat bunyi seperti bercium. Dia juga suka menepuk atau memukul alat permainan yang ada di depannya untuk menunjukkan perasaannya. Dia juga boleh merangkak dan duduk.

 

Dia juga suka melihat kanak-kanak lain dan ingin menyentuh mereka. Anak anda juga akan memangis jika ditinggalkan sendirian dan hanya berhenti menangis bila anda mendukungnya semula.

 

Tindakan anda itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa anda sayang padanya. Dari segi pertuturan, si manja mula bijak menggabungkan suku kata, ‘da’ menjadi ‘dada’, ‘ma’ menjadi ‘mama’, ‘guh menjadi ‘guhguh’ dan bermacam lagi.

 

Jika anda menunjukkan gambar haiwan kepadanya, dia akan cuba membuat bunyi seperti haiwan yang sama. Pada usia ini, anak juga mudah mengetahui sesuatu perkara menggunakan deria sentuhnya. Misalnya panas atau sejuk, keras atau lembut. Dia tahu membezakan sesuatu perkara seperti membezakan baju ibu dan bajunya. Si manja juga boleh menilai saiz sesuatu objek walaupun berada pada jarak yang jauh.

 

Dia juga semakin memahami sesuatu patah perkataan yang anda sering lafazkan seperti ‘masa untuk tidur’ atau ‘masa untuk makan’. Jika dia mahukan sesuatu, dia akan menunjukkan tangannya ke arah objek tersebut dan cuba mencapainya. Jika tidak berjaya, dia akan menangis. Dia juga akan bertegas untuk cuba makan sendiri.


Sumber : HASNITA PaMa

Jangan Ajar Bercakap Pelat

Memang seronok melayan bayi bercakap. Dalam bahasa bayi yang kedengaran lucu pasti kita tak kering gusi mendengarnya. Apatah lagi ia disertakan dengan mimik muka si comel yang tidak puas dipandang. Rasa terhibur sangat.

Bayi anda akan mula bercakap dalam bahasanya sendiri tidak kira malam, siang, pagi atau ketika terjaga dari tidur. Keinginannya untuk meningkatkan kemahiran pertuturan perlu diberi galakan. Bagaimanapun jangan sekali-kali anda turut meniru gaya si kecil bercakap. Misalnya ‘aaa’, ‘aaau’, ‘uuu’ dan sebagainya.



 

Tanpa anda sedari perbuatan tersebut akan menggalakkan bayi belajar bercakap secara pelat. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Untuk merangsang kemahiran pertuturan si kecil, anda perlu rajin bercakap dengan mereka sejak usia bayi lagi.

 

Walaupun ketika itu bayi anda tidak faham apa yang dituturkan tetapi bayi boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Pastikan anda sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana mereka akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa. 


Sumber: HASNITA PaMa

Jangan bimbang.... Setiap Anak Adalah Berbeza


Seronoknya tengok anak orang lain dah pandai duduk, berjalan, bercakap dan sebagainya tapi anak kita belum. Jangan bimbang, setiap Anak Adalah Berbeza.


Sikap suka membandingkan kebolehan seorang bayi atau kanak-kanak itu sukar dibendung di kalangan ibu bapa. Misalnya jika anak si A yang berusia setahun sudah pandai berjalan dan bercakap beberapa perkataan akan dibandingkan dengan anak si B yang seusia tetapi belum mencapai perkembangan yang sama.



 

Ibu si B tidak perlu risau dan bimbang jika perkembangan anaknya adalah normal cuma belum mencapai tahap yang sama seperti anak si A.

 

Pembesaran fizikal dan perkembangan minda kanak-kanak adalah berbeza. Walaupun secara amnya perkembangan kanak-kanak diseluruh dunia seharusnya sama. Mengikut teori Piaget, seseorang kanak-kanak itu, di saat selepas dilahirkan sehinggalah dewasa akan melalui empat peringkat perkembangan kognitif, iaitu:

 

1) Sensori motor (usia 0 - 2 tahun)- mendengar pelbagai jenis bunyi, menyentuh objek.

2) Pra operasional (usia 2 – 7 tahun) – mula bercakap dengan perkataan yang betul, boleh melukis.
3) Operasional konkrit (usia 7 – 11 tahun) – memahami logik.
4) Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa)  - memahami abstrak.



 

Akan tetapi dalam setiap peringkat perkembangan akan ada sedikit perbezaan dari seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Contohnya, ada bayi yang sudah mula berjalan seawal sembilan bulan, ada juga selewat dua tahun.

 

Sebenarnya ia juga bergantung kepada faktor kematangan, biologi, dan juga persekitarannya. Justeru, ia adalah perkara normal. Namun begitu, jangan abaikan usaha untuk terus mendidiknya. Jangan pula dipaksa kerana mahu menyaingi anak orang lain, dikhuatiri anak akan tertekan.


Sumber: HASNITA PaMa

Jangan Sekat Perkembangan Anak


“Adam, jangan kutip mainan. Kotor!”

“Adam, jangan panjat, nanti jatuh!” 

“Biar Mama dukung saja. Kotor nak merangkak kat situ.”

 

Berikut antara dialog yang sering diucapkan oleh sesetengah ibu terhadap bayi kecilnya yang semakin lasak dan aktif.  Melihat caranya melayan bayi, kita boleh membuat kesimpulan si ibu terlalu melindungi anaknya.

 

Memang benar, sebagai ibu kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu melindungi mereka daripada ancaman bahaya tetapi kadang kala tanpa disedari, kita juga menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak.

 

Secara semula jadi, bayi kecil akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses tumbesaran yang aktif. Mereka belajar daripada persekitaran. Ia membantu perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan. 



Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses pertumbangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.

 

Terlalu melindungi

 

Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan ayah. Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.

 

Cepat beri bantuan

 

Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan. Biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.

 

Cair dengan anak

 

Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.

 


Cakap tidak serupa bikin

 

Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. TIdak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.


Sumber: HASNITA PaMa

Aktiviti Mudah Dengan Bayi

Bayi memerlukan rangsangan positif  daripada ahli keluarga terdekat untuk membantunya membesar sihat dan cerdas.  Antara rangsangan awal yang dapat membantu proses perkembangannya adalah bermain.

Ketahuilah bahawa si kecil belajar setiap perkara baru dalam hidupnya melalui permainan yang anda perkenalkan kepadanya. Menghabiskan masa berkualiti dengannya membantu si kecil meningkatkan pelbagai kemahiran dan pembelajaran.




Jangan risau tentang alat permainan yang berharga mahal di luar sana. Anda boleh menjadi kreatif untuk memperkenalkan permainan bayi. Buat aktiviti yang menggembirakan si kecil tidak semestinya perlu mengeluarkan duit poket anda.

 

Berikut adalah idea permainan merangsang perkembangan bayi yang mudah dan murah untuk dicontohi.

 

  1. Bermain dengan haiwan

Sekiranya anda ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, anjing dan sebagainya, ajaklah si kecil berinteraksi dengan haiwan tersebut. Anak anda akan belajar menyayangi haiwan, bermain bersama dan belajar berkomunikasi.



  1. Mengoyak kertas

Aktiviti ini paling digemari oleh si kecil. Mengoyakkan kertas bagi mereka satu perkara yang sangat menggembirakan. Mendengar bunyi kertas dikoyak dan dironyok sudah cukup membuatkan bayi ketawa. Bagaimanapun pastikan sisa kertas tidak dimasukkan ke dalam mulut si kecil.

 

  1. Mari menari

Mainkan muzik yang rancak dan ajak si kecil menari dalam dukungan anda. Dia pasti terhibur dan ketawa gembira. Selain mengeratkan hubungan, bayi juga dapat belajar kemahiran pergerakan otot badannya.




Sumber: HASNITA PaMa

Friday, March 28, 2014

Cara Merangsang Bayi Membaca Dari Umur 0 hingga 6 Bulan

Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 0 - 3 Bulan



1. Usap, Peluk & Cium Bayi

Saya banyak mencurahkan kasih sayang saya melalui pelukan, ciuman dan usapan. Menurut neurosaintis, sentuhan, usapan dan ciuman ibu bapa akan merangsang otak bayi untuk mengeluarkanhorman yang membantu perkembangan & pertumbuhan bayi . Kasih sayang yang anda curahkan juga akan membantu pertumbuhan dendrait bayi anda.

Usaplah badan bayi anda menggunakan paf bedak atau kapas dan pelbagai fabrik (satin, sifon, baldu, dll) daripada kepala ke kaki. Usapan daripada kepala ke kaki membantu pembentukan myelin pada neuron dan dendrait. Pembentukan myelin membolehkan rangsangan yang diterima dendraitdihantar ke otak dengan lebih cepat. Menurut Dr Susan Ludington-Hoe, ia juga membantu pengawalan koordinasi anggota badan dan perkembangan otot.

Menurut Tony Buzan, enulis buku 'Brain Child' , kasih sayang adalah 'makanan otak'(brain food) anak anda. Hal ini bermakna bayi anda amat memerlukan kasih sayang untuk menjadi anak yang pintar. Jangan sesekali risau anda terlalu manjakan(spoil) bayi anda pada tahap ini.



2. Menyusu

Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protin, karbohidarat, lemak, vitamin, mineral dan air. Kolustrum yang dihasilkan pada beberapa hari pertama akan membekalkan antibodi untuk bayi anda melawan penyakit. 

Pada tahun 2007 saya dan 5 orang anak saya diserang denggi. Saya, anak saya yang ketiga dan kelima, Athirah & Amirah dimasukkan ke wad kerana 'platelet' kurang daripada 100. Tetapi anak yang lain, Amalia, Abdul Adzim & Amir Haziq dapat bertahan dan 'platelet' mereka tidak turun ke bawah 100. Ketiga-tiga anak ini saya menyusu selama 2 tahun! Susu ibu sebenarnya anugerah Allah. Kajian menunjukkan susu ibu mengandungi lemak DHA yang amat penting dalam membantu pertumbuhan & perkembangan tisu otak. Susu ibu juga mengandungi 'taurine' yang membantu perkembangan otak & saraf.

Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang, makanan yang berzat adalah juga makanan otak (brain food) anak anda. Sehingga anak anda berumur 2 tahun, susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuknya. Jadi jangan lepas peluang menyusu bayi anda sehingga dia berumur 2 tahun.



3. Berbual-bual

Menurut kajian terkini, banyak mana anda berbual-bual dengan bayi anda akan mempengaruhi IQ dan kejayaannya nanti. Semasa saya mendapat anak pertama dan kedua, saya tidak pandai berbual dengan bayi. Tetapi setelah menyedari betapa pentingnya kita perlu berbual dengan bayi, saya mula melatih diri saya.
  1. Saya menceritakan kepada bayi apa saja yang sedang saya lakukan seperti 'mama sedang kemas katil. Katil Mama besar daripada katil baby...".
  2. Sambil saya mandikan bayi, saya akan memberitahunya "Mama bersihkan mata baby dulu. Sekarang mama bersih telinga baby pula. Sekarang mama nak syampu rambut baby pula. Hmm wanginya syampu...".
  3. Saya juga menanya soalan "Mana mata baby mama?" dan menamakan objek di sekeliling "Ini buku. Ini bola...".
Jangan lupa menggunakan pelbagai intonasi & nada suara apabila berbual dengan bayi. Ia akan menarik tumpuan bayi anda.

Berbual-bual dengan bayi sebegini akan menambah kecerdasan bahasanya. Anak akan terdedah dengan perbendaharaan kata yang luas dan ini akan membantunya memahami perkataan, bertutur, membaca dan menulis nanti.

Menurut kajian terkini, anak sehingga umur 3 tahun perlu mendengar 17000 hingga 20000 perkataan sehari!

Becoklah mulut mama dan papa semuanya!



Cara Merangsang Bayi Membaca
4. Menggantung Mobile

Gantungkan 'mobile' hitam-putih, 25cm(10 inci) daripada mata bayi. Ia akan merangsang penglihatan bayi anda.

Kajian daripada Dr Robert Fanzt, Dr T.G.R Bower dan Dr Philip Salapatek membuktikan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhatikan bentuk geometri hitam- putih daripada gambar berwarna terang mau pun pastel.



5. Mengimbas Kad / Objek Hitam-Putih

Peluk bayi erat di pangkuan sambil menamakan objek hitam-putih di dalam buku atau kad imbas. Aktiviti ini akan merangsang penglihatan dan pendengaran bayi anda.

 Rangsang Bayi Membaca Dengan
Letakkan kad atau objek hitam-putih di tengah penglihatan bayi pada jarak 25cm daripada matanya. Gerakkan 6 inci ke kanan. Berhenti. Gerakkan kad kembali ke tengah. Berhenti. Gerakkan 6 inci ke kiri dan berhenti.

Saya hanya berpeluang melakukan aktiviti ini pada anak keenam. Saya mencuba rangsangan hitam-putih ini ketika dia berumur 7 hari. Saya cukup teruja melihat matanya mengikut pergerakan gambar ke kanan dan ke kiri. Dan hari ini Amir memang cekap kemahiran motornya. Menendang bola pada umur setahun dan amat gemar bermain 'mengikat tali' semenjak umur 1 1/2 tahun lagi.



6. Bernyanyi & Menari

Nyanyikan lagu kanak-kanak dengan nada suara yang berbeza-beza. Menari, dodoi atau gerakkan badan bayi sambil menyanyi. Menyanyi juga membantu meningkatkan kecerdasan bahasa anak anda.

Anda juga boleh menyanyi bersama bayi dari radio atau permainan kanak-kanak yang mengandungi nasyid serta membacakan ayat-ayat dari surah lazim yang terdapat Apple Quranic Learning.




Mendodoi bayi perlahan-lahan ke atas ke bawah dan ke kiri ke kanan, akan merangsang sistem vestibular yang mengawal koordinasi dan keseimbangan. menurut kajian mendodoi sebegini membantu perkembangan penglihatan dan pendengaran bayi, membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan membantu pertambahan berat badan.

Anda juga boleh mendukung bayi sambil berpusing perlahan-lahan.



7. Senaman Otak

Selepas saya mandikan bayi, saya gemar melakukan senaman otak (brain Gym) dengan menggerakkan anggota tangan dan kaki bayi saya secara bersilang. Saya membilang 1, 2, 3... sambil melakukan senaman ini. Menurut Dr Paul Dennison, pengasas Brain Gym, pergerakan sebegini akan mengkoordinasikan otak kanak dan kiri bayi. Dengan itu bayi dapat berkembang sebaiknya apabila kedua-dua otak berfungsi bersama (whole brain functioning).

Menurut Dr Carla Hannaford, senaman sebegini akan membantu anak anda belajar membaca, menulis, mengeja dan memahami karangan nanti.



Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 3 - 6 Bulan

Pada peringkat ini, saya masih teruskan amalan-amalan semasa bayi saya berumur 0-3 bulan. Apabila menjangkau umur 3 bulan, penglihatan bayi bertambah baik.


8. Menggantung Mobile Berwarna Terang

Tukarkan mobile hitam-putih kepada mobile berwarna-warni. Pada tahap umur ini bayi lebih peka kepada warna terang daripada warna pastel. Bayi juga boleh melihat objek dengan menggerakkan kepalanya.



Anda juga boleh menggantungkan mobile merentasi katil bayi menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi anda melibat (swipe) & menarik mobile. Mobile elastik ini akan merangsang perkembangan fizikal bayi anda. Apabila bayi pandai menarik mobile, berlaku perkembangan motor halus (koordinasi mata & tangan) yang akan membantu anak anda belajar membaca nanti.

Bagi memudahkan ibu2 di luar sana terdapat play gym yang telah tersedia dengan permainan di pasaran serta boleh dapatkannya dari kami




9. Menggenggam Pelbagai Objek 

Cara Merangsang Bayi Membaca
Tunjukkan pelbagai objek menarik yang berwarna-warni & berbunyi seperti kerincing (rattle), mainan lembut (soft toys), mainan picit (squeeze toys) dan mainan / gegelang getah untuk menggalak bayi mencapai & menggenggam objek tersebut. Kemahiran menggenggam akan membantu anak anda menulis nanti.


Kini anda tidak perlu bersusah-susah ke kedai lagi untuk mendapatkan permainan yang terbaik untuk bayi anda. Kami di Anakku Genius Kids turut menyediakan pelbagai permainan untuk bayi sesuai bagi membantu perkembangan mereka. Lawati fb page kami di Anakku Genius Kids


Artikel asal ditulis oleh: Nik Eliani Nik Nawi, Mother of 6 ranging from 8 to 25 years of age. Co-writer of Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku & Readeasy Early Reading Series, Reading Specialist & Nursery & Preschool Curriculum Designer. Holds B.A. Economics from Brock University, Canada(1985)& Diploma in Education(English) from International Islamic University Malaysia(1990), Phonics Consultant for Dewan Bahasa & Pustaka 2011

Cara bermain Wooden beads dan testimoni


Assalamualaikum.. 

Tadi kami dah kongsikan koleksi terbaru wooden beads yang pelbagai bentuk dan  fungsi.. Banyak lagi permainan pendidikan yang bagus untuk anak-anak akan kami upload selepas ini..

Tapi sebelum tu, jom tengok testimoni dari pelanggan kami...


Alhamdulillah.. Kami pon happy bila customer happy

Pn Ning pun ingin berkongsi gambar si manja kesayangannya yang leka bermain wood beads


Kanak-kanak akan leka menolak manik-manik pada wood beads untuk dikumpulkan bersama.. 

Sebagai ibubapa, ambillah peluang ketika waktu mereka leka ini kerana fokus dan daya tumpuan kanak-kanak sangatlah tinggi ketika bermain.. Ajarlah pengenalan warna asas dan bentuk serta cara penyelesaian untuk membawa beads ke hujung setiap wayar..

Sorang lagi customer kami mms pd saya gambar si kecil yang juga leka bermain wood beads ni.. 

Ni gambarnya..



Seronoknya tengok anak-anak bermain.. Moga permainan ini bermanfaat untuk semua yer..

Terima kasih buat Pn. Sheela, Pn Ning dan Pn. Zulaipa kerana berkongsi gambar si manja dengan kami..

Jom main dengan anak-anak sementara mereka sedang 'menikmati zaman kanak-kanak'.. Ajar dan didiklah mereka tanpa jemu dan jangan lupa doakan yang terbaik untuk mereka.. Moga anak-anak ini menjadi aset buat kita ke syurga.. InsyaAllah..

#jommain


Thursday, March 27, 2014

Educational Wooden Toys and games- Wooden Shape Gear, Tower Shape, Digital House, Small Train, Cannula Pillar & Shape Puzzle


Wahhh.. Kali ni banyak betul wooden education toys yang baru sampai... Memang rambang mata sebab seronok bila tengok anak-anak main.. Kami di Anakku Genius Kids sentiasa memberikan permainan yang berkualiti dengan harga yang murah..

Permainan-permainan yang kami perkenalkan kali ini ini mempunyai warna yang menarik dan dapat merangsang minda kanak-kanak.. 


Permainan ini memberikan aktiviti dan pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana Kanak-kanak boleh membuka dan memasang semula serta menggerakkannya.. Selain itu, kanak-kanak juga boleh memasukkan objek mengikut lubang yang betul. Ini boleh mengasah pemikiran logik bagi anak-anak.


Antara kebaikan permainan pendidikan seperti ini ialah ianya 

• Dapat membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata kanak-kanak 

• Membantu perkembangan motor halus kanak-kanak.. 


~Anda akan dapat lihat kemahiran kanak-kanak yang bermain permainan berunsur pendidikan adalah lebih cekap dan aktif berbanding mereka yang kurang bermain.. 




SHAPE GEAR COMBINATION


Size : 30 x 9 x 7.5 cm



Harga pasaran RM35 AGK price RM29



TOWER SHAPE

Size : 14*7*21



Hanya RM36 !!!

DIGITAL HOUSE

Size : 13.3 x 10.3 x 10.8 cm


Hanya RM29!!


THREE SMALL TRAIN

Size : 28*22 cm




Hanya RM25 sahaja!!


MOOD CANNULA PILLAR VEHICLE

Size : 18.5 x 18.3 cm


Hanya RM48 sahaja!!!


6 SHAPE PUZZLE

Size : 20*20*14.5 cm


Hanya RM44 sahaja!!

Jangan segan2 Pm jer kami di facebook page atau whatsapp 0133482959.. Dropship dialu2kan...

Pm kami di Anakku Genius Kids
https://m.facebook.com/messages/thread/171845436341550/?__user=758559684