Friday, March 28, 2014

Cara bermain Wooden beads dan testimoni


Assalamualaikum.. 

Tadi kami dah kongsikan koleksi terbaru wooden beads yang pelbagai bentuk dan  fungsi.. Banyak lagi permainan pendidikan yang bagus untuk anak-anak akan kami upload selepas ini..

Tapi sebelum tu, jom tengok testimoni dari pelanggan kami...


Alhamdulillah.. Kami pon happy bila customer happy

Pn Ning pun ingin berkongsi gambar si manja kesayangannya yang leka bermain wood beads


Kanak-kanak akan leka menolak manik-manik pada wood beads untuk dikumpulkan bersama.. 

Sebagai ibubapa, ambillah peluang ketika waktu mereka leka ini kerana fokus dan daya tumpuan kanak-kanak sangatlah tinggi ketika bermain.. Ajarlah pengenalan warna asas dan bentuk serta cara penyelesaian untuk membawa beads ke hujung setiap wayar..

Sorang lagi customer kami mms pd saya gambar si kecil yang juga leka bermain wood beads ni.. 

Ni gambarnya..



Seronoknya tengok anak-anak bermain.. Moga permainan ini bermanfaat untuk semua yer..

Terima kasih buat Pn. Sheela, Pn Ning dan Pn. Zulaipa kerana berkongsi gambar si manja dengan kami..

Jom main dengan anak-anak sementara mereka sedang 'menikmati zaman kanak-kanak'.. Ajar dan didiklah mereka tanpa jemu dan jangan lupa doakan yang terbaik untuk mereka.. Moga anak-anak ini menjadi aset buat kita ke syurga.. InsyaAllah..

#jommain


No comments:

Post a Comment