Saturday, March 29, 2014

Telatah Bayi Bagi Enam Bulan Kedua

Si manja anda yang sudah berusia tujuh bulan mungkin takut dengan orang yang tidak dikenali, ini adalah cara terbaik untuk dia menunjukkan rasa selesa dan sayang pada orang yang benar-benar mengambil berat padanya.



Lihat reaksinya bila anda meminta dia mencium anda, dia akan menggerakkan badannya ke arah  anda dan membuat bunyi seperti bercium. Dia juga suka menepuk atau memukul alat permainan yang ada di depannya untuk menunjukkan perasaannya. Dia juga boleh merangkak dan duduk.

 

Dia juga suka melihat kanak-kanak lain dan ingin menyentuh mereka. Anak anda juga akan memangis jika ditinggalkan sendirian dan hanya berhenti menangis bila anda mendukungnya semula.

 

Tindakan anda itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa anda sayang padanya. Dari segi pertuturan, si manja mula bijak menggabungkan suku kata, ‘da’ menjadi ‘dada’, ‘ma’ menjadi ‘mama’, ‘guh menjadi ‘guhguh’ dan bermacam lagi.

 

Jika anda menunjukkan gambar haiwan kepadanya, dia akan cuba membuat bunyi seperti haiwan yang sama. Pada usia ini, anak juga mudah mengetahui sesuatu perkara menggunakan deria sentuhnya. Misalnya panas atau sejuk, keras atau lembut. Dia tahu membezakan sesuatu perkara seperti membezakan baju ibu dan bajunya. Si manja juga boleh menilai saiz sesuatu objek walaupun berada pada jarak yang jauh.

 

Dia juga semakin memahami sesuatu patah perkataan yang anda sering lafazkan seperti ‘masa untuk tidur’ atau ‘masa untuk makan’. Jika dia mahukan sesuatu, dia akan menunjukkan tangannya ke arah objek tersebut dan cuba mencapainya. Jika tidak berjaya, dia akan menangis. Dia juga akan bertegas untuk cuba makan sendiri.


Sumber : HASNITA PaMa

No comments:

Post a Comment