Bayi memerlukan rangsangan positif daripada ahli keluarga terdekat untuk membantunya membesar sihat dan cerdas. Antara rangsangan awal yang dapat membantu proses perkembangannya adalah bermain.
Ketahuilah bahawa si kecil belajar setiap perkara baru dalam hidupnya melalui permainan yang anda perkenalkan kepadanya. Menghabiskan masa berkualiti dengannya membantu si kecil meningkatkan pelbagai kemahiran dan pembelajaran.
Jangan risau tentang alat permainan yang berharga mahal di luar sana. Anda boleh menjadi kreatif untuk memperkenalkan permainan bayi. Buat aktiviti yang menggembirakan si kecil tidak semestinya perlu mengeluarkan duit poket anda.
Berikut adalah idea permainan merangsang perkembangan bayi yang mudah dan murah untuk dicontohi.
- Bermain dengan haiwan
Sekiranya anda ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, anjing dan sebagainya, ajaklah si kecil berinteraksi dengan haiwan tersebut. Anak anda akan belajar menyayangi haiwan, bermain bersama dan belajar berkomunikasi.
- Mengoyak kertas
Aktiviti ini paling digemari oleh si kecil. Mengoyakkan kertas bagi mereka satu perkara yang sangat menggembirakan. Mendengar bunyi kertas dikoyak dan dironyok sudah cukup membuatkan bayi ketawa. Bagaimanapun pastikan sisa kertas tidak dimasukkan ke dalam mulut si kecil.
- Mari menari
Mainkan muzik yang rancak dan ajak si kecil menari dalam dukungan anda. Dia pasti terhibur dan ketawa gembira. Selain mengeratkan hubungan, bayi juga dapat belajar kemahiran pergerakan otot badannya.
Sumber:
No comments:
Post a Comment